Khamis, 27 Oktober 2011

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN







Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi
sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita
”.

Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga
menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan.

Kenapa berlakunya pencemaran ni? Daripada sumber yang kami dapati antara puncanya ialah;
Pembangunan tanpa pengurusan.
• Peningkatan 2 kali ganda jumlah kenderaan sejak 1980 di Malaysia menyebabkan penghasilan karbon dioksida yang menipiskan lapisan ozon.
• Pembinaan banyak bangunan sebenarnya menghasilkan pelbagai bunyi bising yang menganggu persekitaran penduduk.
• Pembinaan projek-projek bekalan air sebenarnya menganggu kualiti air itu sendiri.

Tindakan manusia itu sendiri
• Perokok menghembuskan asap yang mengundungi pelbagai bahan kimia yang akan dihidu oleh masyarakat sekeliling dan juga menipiskan lapisan ozon.
• Tindakan individu yang membakar sampah sarap dan bahan buangan menjadi punca kepada pencemaran udara.

Sikap mementingkan keuntungan sahaja

• Keuntungan dilihat sebagai jalan mudah oleh pengusaha kilang dengan membuang sisa kilang ke dalam sungai meskipun menyedari kesannya.
• Sesetengah bandar di tepi laut mengepam sisa kumbahan di tepi laut sebagai langkah mudah selain membina loji pemprosesan bahan kumbahan.

Kekurangan pengetahuan

• Pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.
• Penggunaan bahan berbahaya dalam pembuatan sesuatu benda telah memberi kesan kepada flora dan fauna.

Tiada nilai peka
• Masalah persekitaran juga dilihat sebagai masalah sosial yang menjadikan manusia dan alam sekitar terlibat sekali.
• Masalah pencemaran alam sekitar ini telah berlaku semenjak berpuluh-puluhan tahun dahulu, sekiranya terdapat nilai sensiviti itu, nescaya masalah ini berkurangan.

KE MENU UTAMA